Friday, May 23, 2014

Pembaca Al-Quran yang Hebat!

Mansoura - 23 May 2014

PEMBACA AL-QURAN YANG HEBAT!

1) Terjemahan Surah Ar-Rahman Ayat 1-3
[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 
[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 


Persoalan : 
Kenapa Allah letakkan penciptaan Al-Quran (ayat 2) sebelum penciptaan manusia (ayat 3)?

Para Ulama' yang "cool" pernah berkata : 
"Tiada gunanya Kapal tanpa Laut, beigtu juga tiada gunanya Manusia tanpa Al-Quran."

dan begitulah apa yang kita boleh lihat dalam macamana penyusunan ayat dalam surah ini :)

Jadi, Al-Quran ini sangat penting sekiranya kita merasakan diri kita ini adalah Manusia.

So, apa yang kita patut lakukan dengan Al-Quran? 
1. Beli banyak-banyak?
2. Beli yang warna-warni?
3. Baca banyak-banyak?
4. Baca maksud sahaja apa yang berkenan dihati?

Hmm...Macam mana ya?

Beberapa guideline telah digariskan tentang apa yang sepatutnya kita lakukan dengan Al-Quran.


A) HAFAL (AL-QURAN BERGERAK)
     - Hafal disini bukan hanya bermaksud kita boleh membaca dengan pergerakan lidah yang lancar, tetapi             hafal yang sebenar adalah apabila kita adalah apa yang kita bacakan. Sebagai contoh; 
        Contoh 1 : Kisah Ahmad(berkulit hitam) & Abu(berkulit sawa matang)

Pada suatu hari Abu berjumpa dengan Ahmad. Abu sangat seronok dapat bertemu dengan Ahmad dan tanpa membuang masa Abu terus menegur Ahmad.

Abu : Salam 'alaikum Ahmad! Apa khabar? nampak makin "glowing" dah sekarang ya?
Ahmad : -.-'

dan tiba-tiba Al-Quran jatuh dari pokok yang memayungi mereka dan terbuka pada Surah Al-Humazah.

"وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,"

Sejak daripada itu, Abu menjadi orang yang sangat berjaga-jaga dalam segala kata-katanya.

BERBALIK KEPADA TAJUK HAFAL,

Jadi, penghafal Al-Quran yang sebenar adalah apabila dia itu melambangkan segala ayat yang dihafal.



B) TILAWAH
     - "Barang siapa yang tidak khatam Al-Quran setiap bulan, hatinya akan menjadi batu" -tak ingat nama              pemberi kata-kata ini. Dengan dalam Khutbah Jumaat.

     - Daripada Abu-Hurairah r.a. "Barang siapa yang membaca Al-Quran di rumahnya, akan berkembang             keluarganya dan bertambah-tambah rezekinya dan barangsiapa tidak lakukan sedemikian, dikecilkan             keluarganya, dan masuklah syaitan ke rumahnya dan keluarnya malaikat daripada rumahnya" Mafhum           Hadis, Au Kama Qol.

Sekali lagi Ulama' yang "cool" pernah berkata : p/s : ni saya suka sangat!
"Al-Quran macam sahabat. Sahabat yang kita baru kenal/tak rapat sangat dengan dia, dia tak akan cerita kepada kita apa-apa rahsia. Tetapi, kawan yang rapat dengan kita akan cerita kepada kita semua rahsia dan isi hati dia kepada kita."

Macam tu juga dengan Al-Quran. Kalau kita rapat/selalu meluangkan masa dengan Al-Quran, kita akan dapat mengetahui baaaaanyak rahsia-rahsia yang terkandung didalam Al-Quran.

C) TADABBUR
     - Penting disini untuk kita faham, tadabbur vs tafsir. Tafsir adalah pentafsiran daripada mufassiriin(para             pentafsir) yang mempunyai ilmu yang dalam ilmu Al-Quran. Tadabbur pula adalah apa yang kita boleh         jadikan iktibar daripada ayat-ayat suci Al-Quran sebagai hamba Allah kerana kita tahu bahawa 
        Al-Quran ini diturunkan untuk seluruh umat manusia.

"maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?" (Surah Muhammad 47:24)

     - Tadabbur Al-Quran ini adalah suatu yang disuruh oleh Allah SWT berdasarkan ayat diatas.

RESOLUSI
1. Surah yang paling penting untuk kita hafal dan mengajar manusia(mainly anak sendiri) untuk menghafal adalah surah Al-Fatihah kerana ia adalah salah satu daripada rukun solat dan kita insyaAllah akan solat sehingga ke Akhir Hayat. Dan definisi hafal yang sebenar boleh rujuk diatas tadi.

2. Kita perlu mengajar dan belajar Al-Quran, kerana Al-Quran akan mengajar kita semua perkara.

TIPS MENGHAFAL
1. Niat ( hafal kerana Allah suka kepada mereka yang menghafal Al-Quran, bukan kerana nak menunjuk           kepada bakal zaujah)
2. Barang sesiapa yang membenarkan kata-kata Allah, Allah akan membenarkan dia.
3. Bertalaqqi. Dikisahkan, ada seorang hamba Allah membaca Al-Baqarah ayat 1 - (المAliif laam miiim...       lalu  dia membaca Surah Al-Insyiroh ayat 1 - (أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ) Aliif Laam Miim, nasyroh laka sodrok.     (cara baca sebenar, Alam nasyroh laka sodrok)
4. Hafal 10 ayat demi 10 ayat. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. "Belajar, HAFAL, dan beramal lah 10 ayat               sebelum proceed ke 10 ayat yang seterusnya" -Au Kama Qol-
    Saidina Umar juga tidak sempat menghafal Al-Quran secara Kamilah, tetapi bagi setiap ayat yang dihafal       adalah sangat padu ke dalam akal, hati ,diri dan amal perbuatannya. Dan Beliau juga dijanjikan syurga!
5. Allocate masa untuk menghafal.
6. Selalu mendengar ayat suci Al-Quran
7. Gunakan nuskhah Al-Quran yang sama.
8. Bacakan 10 ayat yang kita hafal dalam setiap solat sunat kita.
9. Setkan 1 hari dalam seminggu untuk mengulangkaji semua yang telah kita hafal pada minggu tersebut
10. "Barang siapa yang menghafal Al-Quran, dia akan dijauhkan daripada penyakit lupa(dementia?)" -tak            ingat kata-kata siapa. Juga dengar dalam khutbah Jumaat.-

JOM!JadiGenerasiQuranBergerak!

Jadikan Al-Quran sebagai kawan baik kita supaya kita dalam korek semua rahsia yang terkandung didalamnya! :)

Terima Kasih kerana Sudi Membaca.

Semoga Allah Redha.

Tuesday, April 22, 2014

Pena Dai'e (Bahagian 2)

Bismillah...

Penulisan...hmm...

Sekarang penulis sedar akan kepentingan menulis. So, what next? Apa yang patut penulis buat? Kalau nak cakap pasal pentingnya tulisan, boleh sahaja penulis kongsi di status facebooknya sekali das sahaja. Tetapi penulis menulis menceritakan pentingnya penulisan adalah sebagai permulaan yang akan selalu mengingatkan penulis atas sebab apa dia menulis. Semoga Allah redha.

"فطور بعد مجاهده بالفساد الابتداء"

Jadi sebab itu permulaan yang baik adalah sangat-sangat penting untuk semua perkara yang kita ingin lakukan. Termasuk menulis. Ya, menulis.

Apabila menceritakan tentang permulaan, synonymlah ia dengan niat. 

Niat, Nawaitu - Lintasan Hati

Kalau kita melafazkan niat dengan lisan - lafaz niat

Jadi, point disini, berniat itu sangat mudah dan sangat digalakkan dan dituntut untuk kita memperbanyakkan niat (تعدد النيه).

Pernah suatu ketika, Imam As-Syafie berada didalam suatu masjid, dan dia berniat dengan banyak niat dan ditulis didalam buku notanya. Hal ini kerana, kita akan mendapat ganjaran atas apa yang kita niatkan.

Seperti yang termaktub dalam Hadis Pertama(hadis niat) daripada kumpulan hadis 40 Imam An-Nawawi. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Diceritakan ketika zaman sahabat berhijrah. Terdapat sebahagian besar sahabat yang berhijrah Lillahi Ta'ala dan Rasulullah SAW maka hijrah mereka diganjarkan seperti apa yang mereka niatkan. 
Tetapi terdapat seorang sahabat yang sangat special, yang sangat unik yang niat beliau berhijrah adalah kerana ingin mengahwini seorang wanita yang bernama Ummu Qais. Lalu apabila selesai hijrah, beliau dipanggil dengan nama "Muhajir Ummu Qais".
N/B : Imam As-Syafie berkata bahawa hadis ini adalah 1/3 daripada pengetahuan ilmu islam dan berkait rapat dengan 70 cabang ilmu Fiqh.

Wahai pembaca,
Jadi disini, penulis ingin menekankan bahawa NIAT adalah sesuatu yang sangat-sangat essential dalam apa-apa perkara yang kita lakukan termasuk menulis. Ya. menulis.

Jadi apa yang patut ada didalam list niat seorang penulis? Hmm...
Penulis X : Saya tulis perkara baik ni. So, target saya nak dapat atleast 100 likes dan 3 shares difacebook. Barulah orang tahu saya ni baik! (Bagi pengguna twitter sila gantikan dengan : retweets)
Penulis Y : Saya menulis sebab...apa eh? Haa...sebab saya bosan. Nanti ada lah yang reply dipost saya. Adalah teman berborak kejap.
Penulis Z : Saya menulis hutang-hutang dalam buku 555 supaya saya ingat semua hutang dan orang yang tak bayar saya boleh kejar dia dan dapat balik semua duit saya! HeHeHe...

Penulis ? : Saya menulis kerana dengan menulis akan dapat saya mencatit perkara-perkara yang best dan berkongsi dengan orang lain supaya semua orang akan merasakan apa yang saya rasa! Anonymous : Haa..jap...pening...apa yang "Penulis ?" rasa?
Penulis ? : Rasa happy bila apa yang kita buat tu Allah suka! :D Rasa sedih bila apa yang kita terbuat tu Allah murka :'( Rasa happy bila fikirkan syurga! :D Rasa takut apabila ingatkan neraka :'(
Anonymous : Tapi tak ada orang like pun...orang suka baca isu-isu lain...
Penulis ? : Erk... 

Dalam Hati "Penulis ?"
1. Allah suka ni kalau kita mengajak manusia kepada kebaikan.
2. "الذي علم بالقلم" kena mengajar manusia dengan "القلم" ni. Allah firman dalam Al-Quran kottt.
3. Allah nampak apa saya nak tulis ni. Baik tulis betul-betul.
4. Nak kumpul pahala banyak-banyak...Nak masuk syurga!
5. Quote ayat Quran lah dalam entry ni. Kalau-kalau orang tak terbaca ke ayat ni.
6. Semoga penulisan ini dapat menjadi bukti dihadapan Allah nanti...
7. Biar orang tak like. Yang penting dapat "like" daripada Allah SWT
Dan sebagainya...

SubhanAllah...tengok tu...hebatnya "Penulis ?"...Teringin nak jadi macam dia...

Bagi penulis X, Y dan Z. Sorry... Tapi saya nak jadi macam "Penulis ?"

"Daripada cucu saya kenal kartun robot (yang dimaksudkan adalah Doraemon), baiklah diorang kenal sahabat" -Latif Talib-

Rasulullah juga pernah bersabda yang memberitahu kita tentang 3 amalan yang pahala akan berterusan setelah kita meninggal.
1. Doa anak yang soleh
2. Amal Jariah
3. Ilmu yang bermanfaat.

Tetapi sesungguhnya perkara ini akan sia-sia jika niat tak betul.

So...jom memperbanyakkan niat kita kerana Allah! Kerana sesungguhnya dengan cara itulah kita insyaAllah kita akan mendapat "like" daripadaNya.

"Mengejar Redha Ilahi, tidak semudah memasak Maggi"

Allahu A3lam...

Sekian daripada penulis. Semoga Allah redha.





Monday, April 21, 2014

Pena Dai'e (Bahagian 1)

Bismillah,

KAHERAH, 21 April 2014 :

Ali Imran : 104

Kenapa manusia menulis?
Ada yang menulis karena ingin menggambarkan perasaan(kita label sebagai golongan 1). Ada juga kerana ingin memujuk dilabel golongan 2. Golongan 3 pula suka dengan informasi. Ada yang menulis informasi yang diterima dan ada yang menulis untuk menyampaikan informasi. Yang ke 4 pula yang lebih besar! Iaitu ingin menggagas gagasan! (Hebat!).

Wahai pembaca,
Penulisan ini sering dipandang remeh walhal pada hakikatnya ia adalah sesuatu yang sangat besar dan kabeer. Pernahkah kita terdengar akan kisah Syed Qutb yang kerana dengan tulisan-tulisan beliau, beliau dipenjara dan akhir sekali dibunuh?

Kalau bagi askar-askar senjata mereka - senapang dan kereta kebal
Kalau bagi doktor senjata mereka - syringe dan stethoscope
Kalau bagi guru senjata mereka - kapur dan marker
Tetapi, bagi penulis senjata kita - pena dan keyboard (الذي علّم بالقلم)

Berbalik kepada kisah diatas, adakah Syed Qutb membawa senapang? Kereta kebal? Jarum tajam? Tidak wahai pembaca sekalian. Tidak sama sekali. Begitulah kekuatan pena yang sangat digeruni oleh musuh-musuh islam.

Jadi, tugas menulis ini sangat-sangat penting dan perlu untuk membentuk minda manusia  yang sihat dan seterusnya merubah dunia kearah keindahan islam yang selama ini tersorok insyaAllah.

Atas sebab ini penulis memulakan penulisan umumnya pada hari ini. Semoga Allah redha.

Sekian entry pertama.

Allahu A3lam.

Bersambung...

N/B : القلم - sesuatu yang menyebabkan wujudnya tulisan.